Afternine Bengkung Lilit Tradisional

Afternine Bengkung Lilit Tradisional

RM55.00

1 in stock (can be backordered)

SKU: myz02031364 Category:
000
CARA AMALAN BENGKUNG MENGIKUT TRADISI MELAYU
Bengkung – Untuk ramping selepas bersalin.

Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan.Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.Uniknya bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada tumbuhan semula jadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah.Bahan-bahan semula jadi tidak mempunyai kesan sampingan yang membahaya sebaliknya membantu menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya.Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber.Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.


Panduan Berbarut atau Berbengkung

* Perlukah saya memakai bengkung?
* Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
* Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
* Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
* Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
* Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
* Perlukah memakai minyak dengan bengkung?

Bengkung bersalin yang mudah di pakai tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk anda memakainya.

Di perbuat daripada kain belacu dan kain kapas berwarna gelap di bahagian hadapan untuk mengelakkan kelihatan kotor selepas memakai sapuan barut di perut.


Kelebihan memakai bengkung tradisional:

* Meramping dan mengempiskan perut
* Membentuk potongan badan dan punggung
* Menghalang perut masuk angin semasa berpantang
* Mengelakkan perut menggeleber
* Menghalang peranakan turun dari tempat asal.

Kebanyakan daripada anda yang sedang mengandung inginkan suasana berpantang yang lebih selesa. Ini kerana selain merawat tubuh anda juga terpaksa menumpukan perhatian kepada bayi yang masih kecil.
Bagaimana pun kebanyakan anda pasti mengakui bahawa bukan senang hendak berpantang! Lebih lebih lagi dengan berbagai ‘ cerita menarik’ yang anda dengar tentang pengalaman orang yang baru lepas bersalin.

Kesukaran sewaktu dalam pantang

Antara halangan yang paling ketara sekali ialah :

* Anda kurang mahir cara memakai yang betul
* Anda tak ada pembantu untuk menolong anda memakai bengkung sewaktu dalam pantang
* Anda tak ada sesiapa untuk menguruskan bayi setiap kali mahu memakai bengkung
* Anda nakkan bengkung yang mudah di pakai tapi kebanyakkan orang tua akan menyuruh anda menggunakan bengkung jawa yang bukan saja panjang berjela , malah sangat sukar di pakai jika anda cuba memakai sendiri.

Ternyata kesemua masalah tersebut menyebabkan anda yang memang teringin untuk melangsingkan badan hanya berpantang sekerat jalan atau sekadar melepaskan batuk di tangga.
Saya faham . Tak ada wanita yang tak nak tubuh mereka kembali cantik dan langsing seperti dulu ! Cuma niat anda sering terbantut dengan kesukaran sewaktu memakai bengkung sewaktu dalam pantang.
Bengkung ini merupakan bengkung yang khas untuk di gunakan untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Ia membantu anda mengembalikan semula bentuk badan anda kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah di pakai!
Bukan saja ia bertujuan untuk membentuk semula bentuk tubuh seperti sediakala anda malah ia juga membantu menguatkan semula otot yang regang dan lemah akibat proses mengandung dan bersalin.
” Bayangkan apa perasaan anda apabila melihat perut anda yang dulu kempis dan leper kelihatan buncit seperti orang yang masih mengandung?”
Apakah anda mahu membiarkan saja perut anda buncit tanpa sebarang tindakan?
Saya pasti anda akan berkata TIDAK!

Anda harus mendapatkannya kerana :


Ia ternyata amat mudah di pakai. Bengkung ini tersedia dengan tali yang siap di jahit di kiri dan kanan kain bengkung untuk memudahkan anda menggunakannya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya masukkan tali berselang seli di setiap lubang yang di sediakan di tepi kain.
Kain bengkung yang selesa di pakai.Oleh kerana ia tersedia dengan 2 tali, ikatan bengkung anda akan terasa lebih kemas dan kejap di badan tanpa rasa longgar sewaktu duduk atau bergerak.
Kain bengkung yang lebih tebal dan tahan lama . Oleh kerana bengkung zigzag menggunakan kain belacu yang lebih tebal, kain bengkung tak mudah terkoyak dan boleh di gunakan untuk kelahiran yang seterusnya. Ini bermakna anda sudah pun berjimat !

Bukan itu sahaja, bayangkan selepas memiliki bengkung ini, anda juga akan dapati ……

Bagaimana anda dapat meluangkan masa untuk berehat dan melayan kerenah bayi anda yang mungkin meragam.Kini anda boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja yang lain kerana tempoh memakai bengkung yang lebih pantas!

Anda dapat saiz bengkung yang tepat dan bersesuaian dengan saiz tubuh anda. Kebanyakan kain bengkung yang ada di pasaran hanya menyediakan ‘free size’ yang mana ia mungkin terlalu besar atau terlalu kecil dengan bentuk tubuh anda. Dengan 4 saiz yang berlainan iaitu S, M, L dan XL anda tak perlu lagi menjahit semula kain bengkung supaya lebih kejap di badan apabila di sarung!
Amat mudah membersihkannya. Kebanyakan bengkung hanya menggunakan kain belacu sahaja yang menyebabkan kain cepat nampak kotor!Bengkung zigzag di reka khas dengan di jahit menggunakan kain kapas berwaran gelap di hadapan supaya mudah di bersihkan apabila anda mahu membasuhnya.Ia tidak nampak comot selepas anda menyapu ubat barut di perut anda.
Dan banyak lagi………..

Bagaimana cara nak pakai bengkung ini?
Langkah #1
· Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan.
· Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri.

Langkah # 2
· Masukkan tali di sebelah kiri ke lubang jahitan di sebelah kanan dari bawah.
· Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.

Langkah # 3
· Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang ( seperti anda mengikat tali kasut yang panjang )
· Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.
DAPATKAN TAWARAN ISTIMEWA TERHAD!
Langgan email percuma dari mamayayazone
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Additional information

Weight 500 g