Bajoo – Baju Melayu Romper Premium Red

Bajoo – Baju Melayu Romper Premium Red

RM69.00 RM60.00

Rm 60 for 2

Free Sign Up!

Sign up our newsletter to get more updates!

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Browse Wishlist
000

Bajoo – Baju Melayu Romper Premium Red

Material 100% memang tidak panas dan sesuai untuk kulit bayi.

Sangat selesa untuk baby tambahan untuk aqiqah, raya, kenduri dan ke mana jua! Baby selesa bergaya dengan tiada getah di pinggang dan ibu selesa menukar lampin bayi hanya dengan membuka butang tap dibawah! Walaupun BAJU MELAYU ini berbentuk ROMPERS, ianya sangat segak dan tidak nampak seperti baju tidur! Yang besnya baby tidak meragam apabila bayi selesa!

Tips Dari PA&MA

1. Pilih fabrik kain kapas

Perkara  paling penting ketika memilih pakaian bayi adalah bahan materialnya yang selesa. Pastikan material fabrik lembut sehingga tidak membuatkan kulit bayi terasa gatal.

Fabrik juga mesti boleh menyerap peluh supaya bayi tidak berasa panas. Baju bayi memang terkenal mahal harganya tetapi jika ia mementingkan kualiti untuk keselesaan anak mengapa tidak memilihnya?

Sebaiknya pilih pakaian bayi yang diperbuat daripada 100% kain kapas (cotton). Beli yang nipis dan sedikit jarang untuk membolehkan peredaran udara pada kulit bayi.

Lapisan kulit luar (epidermis) bayi adalah 20 hingga 30% lebih nipis berbanding orang dewasa. Ia hanya akan sempurna apabila bayi berusia setahun.

Pakaian yang tebal atau bukan daripada kain kapas akan menyebabkan peluh berkuap dan membasahkan kulit serta pakaian. Apabila keadaan ini berlarutan, kulit bayi akan mengalami ruam atau gatal.

2. Pastikan saiz bersesuaian

Ramai ibu bapa cenderung membeli pakaian bayi yang bersaiz lebih besar daripada usianya dengan alasan lebih tahan lama. Ia memang diakui betul kerana bayi cepat membesar.

Tetapi janganlah membeli saiz yang terlalu besar sehingga bayi tidak selesa memakainya. Sebaiknya pilih saiz lebih sedikit daripada usia sebenar bayi. Tetapi jangan sekali-kali membeli baju yang sempit kerana selain tidak selesa, anda pasti rugi kerana bayi hanya boleh memakainya sekejap sahaja.

3. Kemasan

Periksa kemasan pada jahitan pakaian bayi. Pastikan tiada gumpalan benang atau benang yang keras (nilon). Potongannya juga perlu sesuai iaitu leher yang luas dan pinggang seluar yang lebih memeri (getah lebih panjang atau elastik).

4. Tidak perlu banyak aksesori

Jangan terpengaruh dengan hiasan aksesori pada sesetengah rekaan baju bayi. Ia hanya menyusahkan dan membuatkan bayi kurang selesa. Aksesori seperti tali, reben, butang hanya membuatkan bayi anda tidak selesa dan sukar dipakaikan.

Jangan memilih pakaian yang berbutang besar atau ada hiasan timbul seperti manik dan sebagainya. Bayi mungkin akan terasa sakit dan terluka ketika anda cuba menyarung atau membuka pakaiannya.

5. Rekaan yang ringkas

Pakaian sepasang (two pieces) adalah yang terbaik untuk cuaca di Malaysia kerana boleh dipakai berasingan. Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang, anda mungkin hanya memakaikan bayi baju dan lampin sahaja pada waktu siang.

Pakaian seperti romper berlengan panjang dan berkaki panjang tidak sesuai pada masa sekarang kecuali jika bayi berada dalam bilik berhawa dingin setiap masa.

Elakkan juga pakaian tebal dan berbulu walaupun ia kelihatan comel dan anak anda nampak seperti biri-biri di padang ragut yang comel. Ia hanya akan membuatkan bayi cepat berpeluh, gatal-gatal pada badannya dan merengek sepanjang masa. Mungkin pakaian ini hanya sesuai dipakai untuk sesi fotografi di studio berhawa dingin sahaja.

6. Sediakan stok secukupnya

Kadang kala bila tiba musim hujan, banyak pakaian tidak kering. Bayi memerlukan banyak stok pakaian memandangkan mereka cepat mengotorkan baju kerana muntah, buang air kecil dan besar dan sebagainya. Oleh itu persiapkan stok pakaian secukupnya terutama apabila musim hujan agar bayi tidak kehabisan pakaian.

Free Sign Up!

Sign up our newsletter to get more updates!

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Additional information

SIZE

3m, 6m, 12m, 18m, 24m

Reviews(0)

There are no reviews yet.

Add a Review

Be the first to review “Bajoo – Baju Melayu Romper Premium Red”